Casemiro

LONDON – Bekas pemain Real Madrid, Casemiro dilaporkan telah melengkapkan sesi pemeriksaan perubatannya di Manchester.

Menurut pakar perpindahan bola sepak Fabrizio Romano, pemain tengah bertahan itu kini hanya menunggu visa untuk diselesaikan selepas bersetuju dengan kontrak sehingga Jun 2026 dengan pilihan untuk musim selanjutnya.

“Sesi latihan pertama sebagai pemain baharu Manchester United akan berlangsung minggu hadapan.

“Terdapat laporan lain mendakwa beliau bakal diperkenalkan sebagai pemain baharu United sebelum sepak mula menentang Liverpool awal pagi esok di dalam keadaan di mana peminat United sedang dalam perancangan untuk memboikot menghadiri stadium sebagai protes kepada pemilik kelab,” tulisnya di media sosial.

Casemiro menjadi sasaran pengurus Erik Ten Hag untuk menguatkan barisan tengah selain melindungi barisan pertahanan United yang mempamerkan aksi longlai pada dua aksi pertama musim baharu.

Pemain antarabangsa Brazil itu kini menjadi pembelian keempat United dalam musim panas kali ini dan  menjadi salah seorang penerima gaji lumayan iaitu dengan €415 ribu seminggu, gaji yang sama dengan penjaga gol, David De Gea.

Laporan tentang minat United ke atas pemain itu bermula minggu lalu walaupun sebelum ini, Casemiro bukanlah dalam senarai keutamaan United.

Tetapi oleh kerana mereka terus gagal mendapatkan Frank De Jong dan kemudian gagal mencapai kesepakatan dengan Adrien Rabiot, nama Casemiro dianggap calon terbaik untuk dibawa masuk ke United. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast