Dr. Abdul Latiff Ahmad

KUALA LUMPUR – Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya.

Itu kenyataan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abd Latiff Ahmad menjawab dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi sebelum ini mendakwa Zainab merupakan isteri kedua Abd Latif yang mempunyai syarikat palsu yang terlibat dalam ketirisan dalam skandal LCS.

Menurutnya, Abd Latiff ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dan bosnya adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rafizi dakwa Abdul Latiff terlibat skandal LCS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.