Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat Covid-19 merekodkan dua digit kepada 11 kes semalam termasuk lima kes berlaku di luar fasiliti hospital.

Dengan itu, jumlah kes kumulatif kematian kini sebanyak 36,177.

Kes baharu yang dicatatkan semalam pula sebanyak 2,636, sekali gus menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 727,125.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 34,970 dengan jumlah dirawat di hospital 1,379.

Daripada jumlah itu, kes yang dirawat di unit rawatan rapi sebanyak 67 dengan 36 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast