mahathir
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kes-kes rasuah yang tertangguh dan belum dibicarakan hanya akan menyebabkan penjenayah terbabit terlepas dari hukuman.

Bekas Perdana Menteri itu percaya hakim-hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes-kes yang tertangguh.

Malah, katanya, sekarang ini banyak laporan dibuat berkenaan kes-kes rasuah yang serius yang belum dibicara.

“Kerana kes SRC Najib (Datuk Seri Najib Razak) mengambil masa yang amat panjang (empat tahun) banyaklah kes-kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah yang melibatkan ramai tokoh-tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.

“Ada penjenayah yang meninggal dunia pun. Kelewatan perbicaraan akan menghasil keadilan terabai.

“Ada perpatah Inggeris yang berkata “justice delayed is justice denied” yang boleh kita terjemah sebagai “keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai”, katanya menerusi kenyataan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu menambah, kini perbicaran melibatkan Najib akan mengambil masa yang panjang.

Dakwanya, kelewatan perbicaraan menjadi lebih buruk ekoran perlakuan Najib dan peguamnya yang menggunakan bermacam alasan untuk menghalang perbicaraan.

“Bagi Najib besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ko tak payah berlagak konon nak memperbaiki institusi kehakiman laaa…ko yg rosakkan sistem kehakiman terutama dalam isu Tun Salleh Abbas dan perlantikan hakim..Mcm bagus plak…skrg ko plak nak mendahului DYMM Agong? Perasan bagus plak..Ko punya perangai sampai lubang kubur tak berubah musibat punya tua kutuk nak mampus

Comments are closed.