KUALA LUMPUR – Seorang netizen menasihati rakan media maya agar tidak terlalu ghairah atau gembira dengan nasib yang menimpa Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, netizen yang menggunakan nama GreySia itu mahu rakan media maya dan rakyat di luar sana khususnya jangan sampai lupa jasa Najib sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri.
Katanya, beliau antara ratusan ribu penerima manfaat di era Najib seperti kad siswa, baucar buku, diskaun tambang pengangkutan awam dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Malah katanya, selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, dia diterima bekerja pun di zaman Najib Perdana Menteri.
“Jangan menghina sampai lupa jasanya kawan-kawan. Aku antara penerima manfaat, kad siswa, baucar buku, diskaun pengangkutan awam, BR1M dan dapat kerja pun zaman dia.
“Sakit demam malam-malam ada Klinik 1Malaysia. Urusan dekat Pusat Transformasi Bandar (UTC) pun jadi mudah sampai malam.
“Jangan lupa sahabat,” ciapnya menerusi akaun Twitternya hari ini.
Vandeeta pula menegur mereka yang gelak ketawa apabila Najib dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan Selasa lalu.
Ciapnya, mungkin pada pandangan mereka terbabit, Najib seorang yang jahat secara nyata dan mungkin kerana kebaikannya membuatkan musuhnya iri hati.
Tetapi baginya, Najib adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Bahkan, penama Cikgu Suraya mengecam bekas Menteri Pelajaran, Maszlee Malik yang membuat ciapan, kecil Sungai Buloh, Simpang Renggam kami tadahkan.
Cikgu Suraya menjawab ciapan itu dengan hantaran, Najib dah settle hukuman kat dunia, kau (Maszlee) tak settle lagi, menipu nak bagi tol percuma di Simpang Renggam.
“Itu (menipu rakyat) hukum (nya) neraka,” ciapnya.
Ruang komen dalam hantaran itu penuh dengan jawapan mengeji dan mencaci Maszlee hingga ada yang mengelarnya badut.
“Dey badut. Manusia yang tak ada nilai diri yang akan ketawakan orang yang dalam kesusahan,” ciap Harridz Mohan – MalaysiaGazette