KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih (Bersih) telah melancarkan petisyen atas talian meminta supaya Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan keampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Badan bukan kerajaan yang memihak kepada Pakatan Harapan itu melancarkan petisyen tersebut kelmarin.

“Petisyen kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

“Najib Razak baru sahaja didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi negara tetapi ada pihak yang sudah mula memikirkan untuk memohon pengampunan kepada DYMM YDP Agong.

“Kita tak boleh biarkan ini berlaku. Tandatangan petisyen ini untuk diserahkan kepada YDP Agong,” katanya.

Sehingga pukul 10.00 pagi ini sejumlah 98,035 orang telah menandatangani petisyen berkenaan.

Selasa lalu Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib kumpulan yang bersimpati terhadap bekas Perdana Menteri itu telah menyerahkan memorandum memohon pengampunan daripada Al-Sultan Abdullah.

Kira-kira 300 orang yang diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

Dalam memorandum itu, pertubuhan berkenaan memohon dua perkara termasuk pengampunan serta-merta diberikan kepada Najib.

Mereka turut memohon beberapa figura penting untuk menghadap baginda bagi menjelaskan mengenai konflik kepentingan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Ini termasuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ni persatuan haram jadah…100 ribu dari 38 juta rakyat Malaysia? tu ko suruh Agong dengar? Masa Nuar kaki liwat jubo Saiful tu mohon ampun, ko tak buat petisyen plak? Kalau PH menang PRU mungkin Agong boleh pertimbangkan laaa..masukkan dlm manisfesto korang…tgk rakyat sokong ke tidak..bodoh punya Ambiga

Comments are closed.