KUALA LUMPUR – Ribuan ahli-ahli UMNO kini membanjiri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena taklimat khas pesidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ia turut dihadiri ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang hadir seawal pukul 12 tengahari tadi.
Dalam pada itu, hanya ahli UMNO yang mempunyai pelekat khas taklimat sahaja dibenarkan memasuki Dewan Merdeka.
Taklimat secara tertutup itu dipercayai berkisar tentang persiapan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Ahmad Zahid sudah memasuki Dewan Merdeka jam 1.49 petang tadi.- MalaysiaGazette