Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,491 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 4,735,929.

Kesemuanya adalah kes tempatan, menurut data COVIDNOW.

Jumlah kematian yang dilaporkan pula sebanyak lima kes termasuk satu di luar fasiliti kesihatan.

Kes aktif yang dilaporkan setakat semalam sebanyak 34,508.

Daripada jumlah itu 1,324 kes ditempatkan di hospital termasuk72 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 49 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kuarantin di rumah pula sebanyak 33,090.

Manakala jumlah kes sembuh 3,715. – MalaysiaGazette