KUALA LUMPUR – Kes aktif jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam sebanyak 32,901 kes.
Daripada jumlah itu, 1,282 dirawat di hospital termasuk 73 kes di unit rawatan rapi dengan 48 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 31,527 kes atau 95.8% menjalani kuarantin di rumah, 19 kes atau 0.1% dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Data COVIDNOW menunjukkan sebanyak 2,191 kes baharu direkodkan dalam tempoh sama berbanding 2,491 kes kelmarin.
Ia menjadikan kes kumulatif bertambah kepada 4,738,119.
Kes kematian pula naik dua lagi menjadikan angka terkumpul kepada 36,198.
Manakala kes sembuh pula sebanyak 3,796. – MalaysiaGazette