Sesi bergambar bersama Pengasas bersama, Datuk Mohamed Hadi Putera ketika berucap pada Majlis Pelancaran Produk Armani di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 jelas memberi kesan yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat negara ini.

Ada yang mengalami kemurungan dan tekanan yang melampau. Tanpa bantuan dan rawatan yang baik, ia boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Bukan sahaja kepada orang awam bahkan petugas barisan hadapan juga kelelahan kerana bekerja tanpa rehat yang cukup menyelamatkan nyawa mangsa wabak itu.

Walaupun negara sekarang berada pada fasa endemik namun Covid-19 masih ada dan kita terpaksa terus ‘melawannya’ dengan menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Melihat situasi berkenaan, pelakon popular Datuk Adi Putra menghasilkan campuran minyak pati di bawah jenama Amrani dengan kerjasama Gramp’s Asia iaitu satu jenama tempatan yang mengeluarkan rangkaian produk kelengkapan rumah daripada bahan semulajadi.

Selaku Pengasas Bersama Amrani dengan Gramp’s Asia, beliau terlibat secara langsung bersama pasukan penyelidik dalam penghasilan campuran minyak pati itu.

Beliau turut mengakui melalui fasa yang agak sukar sepanjang tempoh Covid-19, tidak boleh keluar bekerja dan berjumpa orang ramai sekali gus beliau amat memahami keadaan yang terpaksa dihadapi masyarakat.

“Minyak pati terbukti mempunyai elemen yang sangat berkesan untuk kesejahteraan emosi malah tidak menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.

“Saya dan keluarga memang penggemar minyak pati yang bukan sahaja menenangkan tetapi mewangikan kediaman.

“Aroma yang dihasilkan minyak ini mampu membantu meredakan kebimbangan dan perasaan. Dengan hanya menitiskan dua tiga titis minyak pati dalam alat pembakar sebelum ia dibakar atau titis ke dalam alat penguap yang kemudiannya menyebarkan bauan menenangkan seluruh kediaman,” katanya ketika majlis pelancaran produk minyak pati jenama Amrani di sini hari ini.

Sesi bergambar bersama Pengasas bersama, Datuk Mohamed Hadi Putera ketika berucap pada Majlis Pelancaran Produk Armani di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OGOS 2022.

Amrani tampil memperkenalkan tiga jenis campuran minyak pati iaitu Prince Hadi, Zara Adelia dan Lull Vendi.

Adi berkata, setiap ramuan yang digunakan dipilih dengan teliti untuk memberi manfaat kepada kesihatan pengguna serta selamat digunakan untuk keluarga.

“Selain dijamin keasliannya, ia turut menawarkan kesan terapeutik untuk kesihatan,” katanya.

Sepanjang tempoh pandemik juga ramai kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan sehingga menyebabkan keluarga berpecah belah dan rumahtangga berantakan. – MalaysiaGazette

Pengasas bersama, Datuk Mohamed Hadi Putera bersama YAM Tengku Puteri Sri Lela Manja Tengku Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah ketika melancarkan gimik pelancaran Majlis Pelancaran Produk Armani di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OGOS 2022.