Antony.

LONDON – Manchester United akhirnya membeli Antony Santos dengan harga bernilai €100 juta (RM526) selepas kesepakatan harga itu dipersetujui Ajax.

Jumlah itu akan menjadikannya sebagai perpindahan termahal dalam sejarah Liga Belanda.

Pakar perpindahan, Fabrizio Romano menegaskan perjanjian tersebut akan menyaksikan Antony bermain di United sehingga 2027 dengan pilihan untuk melanjutkan tambahan setahun lagi.

Antony bakal memperkasakan lagi barisan serangan mereka di mana pemain antarabangsa Brazil itu beraksi di posisi sayap kanan.

United sebelum ini tidak menjadikan Antony sebagai sasaran utama mereka.

Namun selepas terlepas Darwin Nunez dan kemudian terlepas Benjamin Sesko sebagai pemain nombor 9, maka Eric Ten Hag memutuskan untuk terus meneruskan kepercayaan kepada Martial, Ronaldo dan Rashford untuk posisi tersebut.

Namun Ten Hag akhirnya mahu mendapatkan Antony dari Ajax walaupun juara Liga Belanda itu berkeras enggan melepaskan Antony.

United kemudian membuat tiga tawaran dari sekitar €80 juta sehingga €90 juta namun kesemuanya ditolak.

Antony mendesak perpindahan tersebut dan bertindak mogok enggan hadir ke pusat latihan kerana kecewa Ajax enggan melepaskannya ke Manchester United.

Antony kemudian diarahkan hadir ke latihan atau didenda €50,000 untuk setiap hari yang dia gagal melapor diri.

Akhirnya pemain itu melapor diri tetapi di dikatakan meminta pelepasan khas untuk pulang awal.

Antony diarahkan berlatih bersendirian, diasingkan daripada pemain lain sebagai hukuman dia mendesak perpindahan ke Manchester United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast