KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,144 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk tiga kes import.
Pertambahan itu menjadikan kes tempatan meningkat kepada 4,742,205.
Data COVIDNOW turut melaporakan sebanyak empat kes kematian baharu dalam tempoh sama, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,210.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,288 kes dirawat di hospital dengan 72 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu 50 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 31,159 manakala kes sembuh semalam 2,549. – MalaysiaGazette