azalina othman said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengesahkan masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

”Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan dari Ahli Parlimen Penggerang ini sekali gus menafikan dakwaan kononnya beliau sudah melepaskan jawatan malam tadi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menerima surat peletakan jawatannya.

Isu peletakan jawatan oleh Azalina tular semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kritikan Ahli Parlimen Pengerang itu terhadap badan kehakiman.

Semalam, sumber terdekat dengan Azalina memaklumkan kepada MalaysiaGazette bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu masih lagi kekal dengan jawatan itu.

Dalam hantaran itu, Azalina mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65. – MalaysiaGazette