Wee Ka Siong sedang berbual dengan tiga penumpang OKU di Stesen MRT TRX.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menawarkan tambang percuma selama sebulan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana iaitu Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti, dan juga Rapid Mobiliti.

Tawaran khas tersebut sempena sambutan Hari Kebangsaan negara ini dan ia berkuat kuasa hari ini sehingga 30 September 2022.

Menurutnya, kemudahan ini bakal memanfaatkan pengguna di kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel dengan purata masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang bagi tempoh sebulan.

”Semua warga OKU yang mempunyai kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menikmati perjalanan percuma selama 31 hari,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Eksplorasi Merdeka Rapid KL di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX). – MalaysiaGazette