Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Terdahulu, Bukit Aman menerusi pemaklumannya, menyatakan pertuduhan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur di sini, pada jam 9.30 pagi.