Salamiah bernikah dengan Gerald Hughes.

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Salamiah Hassan kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun.

Ibu kepada penyanyi Atilia Haron selamat bernikah dengan jejaka berasal dari Australia dikenali sebagai Gerald Hughes dengan sekali lafaz.

Menurut beberapa portal hiburan, majlis berlangsung dalam suasana sederhana di Tasmania, Australia.

Salamiah mengenali suaminya sejak 15 tahun lalu.

Sementara itu, Atilia meluahkan kesyukurannya dengan pernikahan ibunya.

“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
Mama & Gerry Sept 1st 2022 – Jannah!” tulisnya dalam media sosial.

Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini.

Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.

Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast