Latifah Abu Bakar

JOHOR BAHRU – “Niat saya beli rumah ini untuk hadiahkan pada emak, tapi sampaikan emak dah meninggal kunci rumah pun tak dapat.Terkilan sangat,” kata Latifah Abu Bakar.

Menurut beliau, dia bukan sahaja kecewa, malah rasa ditipu pemaju kerana belum menerima kunci kediaman sedangkan telah bertahun membayar pinjaman bank.

Beliau yang datang dari Shah Alam, Selangor semata-mata bertujuan menuntut hak sebagai pembeli flat Taman Mount Austin berharap pihak terlibat dapat membantu golongan B40 sepertinya.

Menurut beliau, dia bukan sahaja kecewa, malah rasa ditipu pemaju kerana belum menerima kunci kediaman sedangkan telah bertahun membayar pinjaman bank.

Beliau yang datang dari Shah Alam, Selangor semata-mata bertujuan menuntut hak sebagai pembeli flat Mount Austin berharap pihak terlibat dapat membantu golongan B40 sepertinya.

“Sedih sebab impian ini saya beli untuk ibu saya sampai sekarang tidak siap, ibu saya pun dah meninggal. Saya sangat terkesan di hati sebab sangat sedih sangat.Saya balik sini sebab nak perjuangkan hak saya dan saya harap pihak terlibat bantu kami golongan B40 hampir 20 tahun.

“Sangat terkilan sebab sudah hampir 7 atau 8 tahun.Sangat marah kenapa jadi macam ini. Ini hak kami, tak tahu nak cakap apa. Saya berhenti bayar dari 2018 hingga sekarang sebab keadaan ekonomi tidak mengizinkan,” katanya wanita berusia 43 tahun itu ketika ditemui di Taman Mount Austin, di sini, hari ini.

Latifah merupakan antara 510 pembeli flat Taman Mount Austin yang terbengkalai merayu kepada kerajaan negeri Johor supaya membela nasib mereka.

Daripada 10 blok kediaman kos sederhana rendah membabitkan 911 buah kediaman hanya empat blok sahaja siap dibina dan didiami penduduk.

Bagaimanapun, seramai 292 pembeli Blok 3, 5 dan 7 mengalami nasib malang apabila pemaju enggan meneruskan pembinaan kediaman itu.

Lebih malang lagi, apabila kediaman tersebut kini didiami pekerja asing yang dipercayai pekerja binaan pemaju sama.

Seorang pembeli, Hassan Abu Karim, 60, kesal dengan tindakan pemaju dan kerajaan negeri yang dilihat seolah-olah tidak membela nasib mereka.

Hassan Abu Karim (kiri)

“Sudahlah rumah ini terbengkalai terlalu lama, ada pula orang duduk dalam kawasan ini seolah-olah dia nak main wayang sebab dia tidak mahu kerajaan ambil tindakan, dia beritahu sini ada pekerja

“Dia duduk rumah kita, kita dah bayar tetapi dia boleh duduk di sini. Kita tidak dapat rumah orang lain duduk itu saya tak puas hati,” jelasnya sambil menambah kediaman itu dibeli pada 2002 pada harga RM50,000.

Katanya, rumah yang sepatutnya siap pada tahun berikutnya tertangguh dengan pelbagai alasan diberikan pemaju.


Tambahnya, kali terakhir beliau berhubung dengan pemaju sebelum pandemik Covid-19 menular dan pemaju memberi alasan pembinaan bagi tiga blok flat itu tidak akan diteruskan.

Tinjauan MalaysiaGazette di kawasan kediaman tersebut mendapati terdapat sofa yang dipercayai dijadikan ruang rehat pekerja asing.

Selain itu, beberapa pakaian disidai di ampaian dalam rumah berkenaan selain terdapat kasut dipercayai milik pekerja pembinaan.

Projek tersebut dipenuhi lumut selain kesan bocor pada siling.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz berkata, pihaknya akan membantu pembeli untuk menyelesaikan masalah mereka dengan pemaju.

Katanya, kerajaan negeri digesa menjadi perantara antara penduduk serta pemaju bagi menyelesaikan masalah itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast