KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 9.30 pagi ini.
Perkembangan itu dimaklumkan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.
“Dr. Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 September ini,” jelas kenyataan itu.
Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu. – MalaysiaGazette