Dr. Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Anak-Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PAMSKL) kini mempunyai barisan kepimpinan baharu sehingga Ogos 2024.

PAMSKL yang diketuai Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir sebagai Yang Dipertua baharu telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertamanya selepas Persidangan Agung Tahunan pertubuhan itu pada 20 Ogos lalu.

Senarai kepimpinan baharu PAMSKL bagi sesi 2022-2024 menyaksikan penyertaan majoriti muka baharu dalam kalangan tokoh profesional, akademik, mantan pegawai tinggi kerajaan, tokoh anak muda dan gabungan pelbagai golongan lagi.

PAMSKL antara pertubuhan anak-anak Melayu negeri yang terawal ditubuhkan di Malaysia pada 23 November 1977.

Logo PAMSKL

Penubuhannya bertujuan untuk menyatupadukan anak-anak Melayu yang lahir di Selangor dan kini tinggal atau berkhidmat di Wilayah Persekutuan.

Mesyuarat kali ini juga telah menetapkan fokus dan garis panduan PAMSKL penggal ini dalam mengumpul semula orang Melayu khususnya anak Selangor dan memajukan dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan serta agama.

Senarai kepimpinan PAMSKL yang berkuat kuasa hari ini untuk tempoh dua tahun sehingga Ogos 2024 ialah Yang Dipertua, Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mhd. Tahir; Timbalan Yang Dipertua, Mejar (K) Mohammad Yusof Yahya; Naib Yang Dipertua I, Datuk Asmawar Samat; Naib Yang Dipertua II, Normah Ismail; Setiausaha Agung, Lokman Hakim Abdul Halim; Penolong Setiausaha Agung, A. Rahman Mohd Mislani; dan Bendahari Kehormat, Mohd Rozaini Mohd Said.

Nasrul Ali Hasan
Nasrul Ali Hasan

Ahli Jawatankuasa PAMSKL ialah Datuk Ar. Mohtar Rahmad, Yahya Mohd Nasir, Syed Anuar Syed Salim, Kaddyran Abd. Salam, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, Zulkeflie Mat, Zulfakar Wahib, Rozita Mohd Yusop, Nurhafizah Jamalludin, Muhammad Fahmi A. Rahman, Saiful Azhar Ibrahim dan Muhammad Amir Asyraf Yussuf. – MalaysiaGazette