Suspek wanita Sagayarani kini ditahan dan disiasat polis di Tamilnadu. Kredit Foto Indiatoday.com

TAMIL NADU, India – Seorang wanita membunuh rakan sekelas anak lelakinya yang berusia 13 tahun di sekolah dengan memberikan jus yang mengandungi racun.

Wanita itu disyaki berbuat demikian bagi membantu mengatasi masalah dan tekanan yang menyelubungi anak lelakinya dengan rakan sekelas alam usaha mencatatkan pencapaian akademik terbaik dalam kelas.

Jurucakap polis Tamil Naadu mendakwa wanita itu disyaki bertindak demikian kerana kecewa dan berang dengan mangsa yang sentiasa menjadi penghalang kepada anaknya menjadi pelajar terbaik.

Mangsa, Bala Manikandan meninggal dunia Sabtu lalu selepas menerima rawatan di hospital selama seminggu.

Semasa kejadian, mangsa dilaporkan mengalami rasa mengantuk selepas pulang dari sesi latihan Sambutan Hari Ulang Tahun sekolahnya.

Mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa dia telah pengesan setelah meminum air jus yang diberikan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah.

Ibu Bala lalu membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ibu mangsa dan ahli keluarganya kemudian mula menyoal pengawal keselamatan tujuan memberikan jus kepada anaknya.

Pengawal keselamatan sekolah mendedahkan bahawa dia menerima minuman itu daripada seorang wanita yang mendakwa jus itu dihantar Bala.

Pihak berkuasa yang merujuk kepada Kamera Litar Tertutup (CCTV) sekolah mendapati suspek menyerahkan botol minuman kepada pengawal keselamatan yang membolehkan polis menjejaki wanita tersebut, Sagayarani Victoria.

Soal siasat polis menyaksikan Sagayani mengaku membunuh mangsa menyebabkan beliau ditahan polis. – Indiatoday.com