KUALA LUMPUR – Terima kasih Pas kerana masih menaruh harapan untuk terus bekerjasama dengan UMNO, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Bagaimanapun, katanya, Pas ada bersama temannya.
Teman Pas pula sedang ‘menyembunyikan pisau ditangannya’, tambah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu secara simbolik.
‘Pisau’ itu pula telah menikam UMNO berkali-kali dan masih berdarah.
Dan, ujarnya, UMNO masih merasa ‘sakitnya’.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Muktamar Pas yang meluluskan 13 usul termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat itu bertujuan mengembalikan kuasa parti-parti politik teras Melayu-Islam dalam pilihan raya.
Ia termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan situasi satu lawan satu pada PRU15. – MalaysiaGazette