KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan kononnya Datuk Seri Najib Razak tidak berada dalam sel penjara seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp.

Jabatan itu dalam satu ciapan di Twitter berkata ia adalah satu kenyataan palsu.

“Palsu,” kata Jabatan Penjara di Twitter hari ini.

Tangkap layar itu tertera dakwaan bahawa ‘Najib tidak berada di sel penjara’.

“Kawan baik yang sepupunya pegawai kanan penjara di Penjara Kajang berkata Najib diberi rumah dalam kawasan penjara. Rumah itu adalah dikhaskan untuk pegawai kanan penjara,” tulis pesanan mesej itu.

Terdahulu, kartunis Zunar memuatkan satira berkaitan Najib di status di Twitter.

Zunar berkata khabar angin itu mendakwa Najib tidak dimasukkan dalam sel penjara Kajang.

“BETUL KE NI? Rumors menyatakan Najib tidak dimasukkan dalam sel, tapi tinggal di sebuah rumah dalam kompleks Penjara Kajang? Siapa boleh sahkan?,” katanya di Twitter.

Satira itu memaparkan individu sebagai Najib sedang duduk diatas sambil menikmati secawan kopi.

Manakala satu lagi gambar dalam satira itu turut memaparkan sebuah sel kosong tanpa penghuni. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast