KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, semalam.
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto sekeluarga di Instagram miliknya beberapa hari lalu, sekali gus berkongsi perkembangan kehamilan keduanya kepada peminat yang sedang menunggu hari untuk bersalin.
“Menunggu hari. Doakan saya kuat untuk melahirkan anak kedua ini dengan selamat dan sihat walafiat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemilik nama lengkap Nur Jihan Musa, 39, mendapat tahu sedang berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur wajib untuk menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun. – MalaysiaGazette