Erling Haaland. Foto SkySports.

PARIS – Penyerang muda sensasi, Erling Haaland terus mempamerkan aksi menakjubkan selepas membantu Manchester City menerusi dua jaringannya membelasah Sevilla 4-0 dalam Liga Juara-Juara, awal pagi.

Pemain antarabangsa Norway itu menunjukkan ketajaman di depan gol memastikan City memulakan kempen dalam Kumpulan G dengan gaya tersendiri di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Dia kini sudah membuat permulaan luar dalam kariernya bersama City selepas berhijrah dari Borussia Dortmund dengan menjaringkan 12 gol dalam hanya tujuh perlawanan membabitkan semua kejohanan.

Haaland sudah meledak 25 kali dalam 20 aksi Liga Juara-Juara, jumlah dilakarnya termasuk ketika penampilan pertama buat City, Dortmund dan Red Bull Salzburg.

Berikut keputusan Liga Juara-Juara yang lain:

Kumpulan E

Dinamo Zagreb (CRO) 1 Chelsea (ENG) 0
Red Bull Salzburg (AUT) 1 AC Milan (ITA) 1

Kumpulan F
Celtic (SCO) 0 Real Madrid (ESP) 3
RB Leipzig (GER) 1  Shakhtar Donetsk (UKR) 4

Kumpulan G
Borussia Dortmund (GER) 3  FC Copenhagen (DEN) 0
Sevilla (ESP) 0 Manchester City (ENG) 4

Kumpulan H
Paris Saint-Germain (FRA) 2  Juventus (ITA) 1
Benfica (POR) 2 Maccabi Haifa (ISR) 0

– MalaysiaGazette