Gari nasyid singer drug Youtuber murder Penang
Gambar hiasan

BALING – Seorang wanita direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan wang membabitkan kerugian RM1.2 juta.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 23 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani bermula hari ini.

“Siasatan terhadap suspek akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, seorang wanita yang diburu polis sejak 25 Ogos lalu selepas terlibat dalam penipuan pelaburan wang di Baling diberkas polis.

Suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling secara sukarela pada jam 4 petang.

Wanita sarat mengandung ditahan tipu pelaburan RM1.2 juta

MalaysiaGazette pada 25 Ogos lalu melaporkan, seorang wanita yang sedang sarat mengandung antara dua suspek yang ditahan terlibat kes penipuan pelaburan wang tidak wujud yang dikenali sebagai “Savingbywaniey atau Free Cash (FC).

Kedua-dua wanita berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul  5.30 petang semalam di sekitar daerah ini selepas polis menerima 33 laporan berhubung penipuan itu membabitkan kerugian berjumlah RM1.2 juta. – MalaysiaGazette