Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir ke Majlis Aidilfitri Keluarga Persatuan Anak Pahang di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 01 JUNE 2022.

KUALA LUMPUR-  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menerusi kenyataan Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri bertitah, komitmen Ratu Elizabeth II kepada Malaysia akan terus dikenang.

“Ratu Elizabeth II juga akan dikenang atas dedikasi kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom serta keprihatinan mendalam kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

”Ingatan dan doa kepada kerabat diraja dan rakyat Britain yang turut merasai kesedihan atas kemangkatan Seri Paduka Ratu Elizabeth II,” menurut kenyataan dari Istana Negara.

Baginda berdua turut berkongsi kenangan bertemu dengan Ratu Elizabeth II semasa kunjungan hormat dan menghadiri majlis santapan tengah hari di Istana Buckingham, London pada 13 Disember 2019.

Pertemuan berkenaan  sempena lawatan Seri Paduka Baginda berdua ke England pada 9 Disember 2019.

Untuk rekod,  pemerintahan Ratu Elizabeth II juga pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada 1972 ,1989 dan 1998.

Untuk rekod, Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary, menaiki takhta pada 6 Februari 1952 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada tarikh berkenaan.

Baginda  merupakan pemerintah monarki Britain paling lama, selama 70 tahun 214 hari.-MalaysiaGazette