Sebuah foto tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa.

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Neelofa menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita dalam TikTok ketika ini adalah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

“Maaf semua, ini bukan Bilal. Tetapi comelnya, masya-Allah,” komen Neelofa ringkas pada perkongsian media sosial itu.

Sebuah foto kini tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa  atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

Menerusi perkongsian @bebelancikmin, pengguna itu tidak menyatakan kesahihan gambar tersebut sebaliknya menulis hantaran bertanya kepastian sama ada bayi lelaki tersebut ialah Bilal atau tidak.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet termasuklah ada individu mendakwa wanita yang mendukung bayi lelaki tersebut adalah adik perempuan kepada suami Neelofa iaitu Haris Ismail.

Selain itu, ada yang turut menafikan gambar tersebut dengab mengatakan bayi tersebut adalah anak buah kepada Haris Ismail merangkap sepupu Bilal.

Tidak kurang juga ada mengatakan pernah melihat Bilal didukung oleh suami kepada kakak Neelofa, Shahrin di Insta Story.

Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum atas alasan mahu ‘elak’ daripada sebarang penyakit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

Namun bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi perkembangan dan foto anak lelakinya di media sosial meskipun hanya menampakkan sebahagian wajahnya seperti belakang badan, kaki dan tangan. Jika ada gambar penuh, selebriti itu pasti akan meletakkan sticker bagi mengelak wajah anaknya terdedah.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal. – MalaysiaGazette