KUALA LUMPUR  – Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada hari Khamis.

Serentak pengumuman ini, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.

Baginda memerintah Britain selama 70 tahun, menjadikan beliau pemerintah monarki paling lama.

Seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari  sebagai penghormatan terakhir buat baginda.

Ratu Elizabeth II memegang takhta sejak tahun 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.

Dalam pada itu, anak lelaki terakhirnya, Putera Charles, 73, iaitu Putera Wales secara rasmi ditabalkan menjadi Raja England. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast