Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 merekodkan di bawah 2,000 semalam kepada 1,971.

Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini bertambah kepada 4,765,511.

Manakala kes kematian pula menjadi 36,277 dengan tiga kes kematian baharu.

Kes sembuh pula sebanyak 2,389, menurut data COVIDNOW.

Statistik itu turut menunjukkan kes aktif sebanyak 26,949 dengan 1,224 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, 69 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 49 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette