Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 terus menurun kepada 1,483 semalam berbanding 1,971 kelmarin.

Setakat tempoh yang sama, jumlah kumulatif kes jangkitan pandemik itu di negara ini sebanyak 4,766,922.

Sebanyak empat kes kematian yang direkodkan semalam, menjadikan kes terkumpul bertambah kepada 36,280.

Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 26,339, juga turun berbanding 26,949 kelmarin.

Daripada jumlah itu 1,241 kes dirawat di hospital dengan 68 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 48 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes yang dikuarantin di rumah pula sebanyak 25,021.

Jumlah kes sembuh semalam sebanyak 2,090. – MalaysiaGazette