Polis menyiasat kejadian yang berlaku di pusat beli belah Sariyer, Istanbul, Turki. Foto MEHR.

ISTANBUL  – Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Istanbul, Turki, hari ini.

Kejadian berpunca daripada pertengkaran yang berlaku antara dua kumpulan di pusat beli-belah Sariyer.

Pertengkaran tersebut bertukar menjadi pergaduhan dengan pihak terlibat melepaskan tembakan, lapor akhbar, Daily Sabah.

Enam orang, termasuk empat warga Azerbaijan, seorang Iran dan seorang rakyat Turki cedera akibat kejadian tersebut.

Salah seorang mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast