KUALA LUMPUR – Sebanyak 26,033 kes aktif Covid-19 dilaporkan di seluruh negara semalam.
Angka itu termasuk 1,847 kes baharu termasuk tujuh kes import.
Menurut Data COVIDNOW, daripada jumlah itu, sebanyak 1,204 dirawat i hospital dengan 67 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak lima kematian direkodkan dalam tempoh sama.
Kes sembuh pula berjumlah 2,148. – MalaysiaGazette