Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meminta peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 bagi membantu penduduk di luar bandar dan pedalaman.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi memastikan Program Kesejahteraan Rakyat (Community Drumming) berjalan lancar untuk menjamin komuniti itu menikmati harga barangan keperluan sama seperti di bandar.