Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang isteri ketua bahagian sebuah parti politik bertindak membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul suaminya.

Suri rumah berusia 41 tahun itu dalam laporannya berkata dirinya ditampar sebanyak lima kali malah turut ditumbuk di bahagian badan.

“Suami saya telah memukul saya kerana saya dapati dia telah berlaku curang di belakang saya bersama perempuan lain di sebuah bilik karaoke di Bukit Bintang.

“Saya telah ditampar di bahagian pipi sebelah kiri sebanyak lima kali, ditumbuk di bahagian badan. Saya mengalami kecederaan di muka, belakang badan dan lengan kiri,” katanya dalam laporan polis awal pagi tadi.

Laporan polis berkenaan kini tular melalui aplikasi WhatsApp.

Wanita berketurunan Bajau itu membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Komuniti Mutiara Damasara.

“Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk tindakan pihak polis dan rujukan mahkamah serta sebagai untuk keselamatan saya di kemudian hari,” lapor wanita berkenaan lagi. – MalaysiaGazette