Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera dan dikurung cuba melarikan diri dengan keluar dari tingkap di tingkat empat sebuah kondominium dekat sini hari ini.- Kredit bomba.

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera dan dikurung cuba melarikan diri dengan keluar dari tingkap di tingkat empat sebuah kondominium dekat sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13 di Ampang hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada 4.41 petang itu disedari oleh orang awam.

Menurut kenyataan itu, pintu kediaman itu kemudiannya dipecahkan oleh pengawal keselamatan sebelum ketibaan bomba menyelamatkan mangsa.

Berdasarkan gambar, mangsa mempunyai kesan luka dipercayai didera di badannya.

Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya. – MalaysiaGazette