TEHRAN – Seorang gadis Iran meninggal dunia, beberapa hari bertarung nyawa selepas ditangkap oleh polis kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Dia didakwa dimasukkan ke hospital selepas dua jam ditahan.

Ketika kejadian, wanita ini dikatakan bersama keluarganya berada di Tehran.

Beberapa saksi mendakwa Mahsa Amini dipukul ketika berada di dalam van polis selepas ditahan pada Selasa lalu.

Namun, polis menafikan dakwaan itu dengan mendakwa wanita ini mengalami masalah jantung secara tiba-tiba.

Dakwaan polis ini ditepis oleh keluarganya yang mendakwa Amini dalam keadaan sihat.

Keluarga Amini dimaklumkan anak mereka dibawa ke hospital selepas beberapa jam ditahan dan koma kerana mengalami pendarahan dalam otak.

Amini didakwa diseksa ketika dalam tahanan polis.

Kejadian ini adalah siri terbaru laporan kekejaman terhadap wanita oleh pihak berkuasa di Iran dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Polis Teheran berkata, Amini telah ditangkap untuk “justifikasi dan pendidikan” mengenai tudung yang wajib dipakai semua wanita Iran.

Kematian Amini mencetuskan kemarahan rakyat Iran di media-media sosial termasuk pihak-pihak yang pro-kerajaan.

Lebih-lebih lagi apabila video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai polis yang menahan Amini telah mengasarinya termasuk menyeret dia ke tanah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast