PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan direman selama riga hari, bermula hari ini, untuk membantu siasatan polis berikutan laporan yang dilakukan polis bekas isterinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang berusia 43 tahun ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 4.10 petang semalam.

“Pagi tadi suspek dibenarkan direman selama tiga hari sehingga 20 September ini untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum yang suspek ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan serangan seksual dirujuk ke IPD Petaling Jaya.

Pada 6 September lalu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan di IPD Subang Jaya mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah.

Suspek kemudian direman tujuh hari di IPD Subang Jaya untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul; Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Selepas itu suspek diserahkan ke IPD Shah Alampada Isnin lalu bagi membantu siasatan sebelum dirujuk ke IPD Klang Utara, pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette