ahmad zahid hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kesemua 18 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sembilan kerusi Parlimen tradisi kekal milik MIC, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah kata beliau, BN juga sedia untuk memberi kerusi tambahan kepada parti itu.

“Tan Sri Vicky (S.A.Vigneswaran – Presiden MIC), saya berjanji kerusi-kerusi yang pernah MIC bertanding itu sah dapat semula, kalau mahu lebih (kerusi tambahan) pun boleh.

“Itu kena berunding dengan Tok Mat, saya berulang kalau nak lebih pun boleh, kalau tidak dapat (kerusi lebih) jangan marah saya, marah Tok Mat,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan 2022 di Stadium Axiata Arena, di sini, hari ini.

Tambah beliau, gabungan MIC, UMNO dan MCA dalam mengharungi cabaran, sepertimana sebelum ini.

Menurut Ahmad Zahid, selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, MIC tidak pernah meninggalkan BN.

“Inilah the ikatan persahabatan yang kukuh antara MIC dan BN. Sampai bila-bila pun MIC akan ada lebih ramai ADUN di seluruh negara.

“Tentu sekali kita mahu lihat Presiden MIC jadi ahli Parlimen, tentunya Timbalan Presiden (Saravanan) menjadi ahli Parlimen, ketua Pemuda nak jadi ADUN. Datuk Mohana (Ketua Wanita) pilihlah kawasan, saya sedia untuk menandatangani watikah calon.

“Justeru saya melihat, semangat MIC pada kali sangat berbeza MIC akan terus kerja keras memastikan BN lebih dominan semula dalam PRU kali ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, peluang pekerjaan akan disediakan tanpa mengira kaum sekiranya BN menang pada PRU15.

“Saya juga bersetuju dengan memberi peluang kepada masyarakat India agar ramai anak-anak India melanjutkan pelajaran dalam matrikulasi selain bersetuju mengurangkan kadar kemiskinan dalam golongan India dan juga mengurangkan masalah sosial,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast