Pengurusan Air Pahang (PAIP) menghantar lebih 200 tangki statik bermula Jumaat lalu di Batu Hitam dan beberapa lokasi penduduk yang bakal mengalami ganguan bekalan air di sekitar Kuantan pada Selasa ini.

KUANTAN – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) membekalkan lebih 200 tangki statik sejak Jumaat lalu kepada penduduk yang akan mengalami gangguan bekalan air di Kuantan pada Selasa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, pihaknya telah memberi notis kepada pengguna yang terlibat bagi membuat persiapan secukupnya.

Jelasnya, gangguan bekalan air dijangka berlaku untuk tempoh 48 jam bermula jam 8 pagi pada 20 September bagi menyiapkan kerja-kereja penyambungan paip air mentah secara pintasan di Mahkota Golf & Country Club (MGCC), di sini.

“Insya-Allah pihak PAIP akan menghantar lagi bantuan tangki statik bagi keperluan penduduk yang dilakukan secara mobilize dan mensasarkan sekurangnya 300 tangki dibekalkan.

“Penghantaran dilakukan secara berperingkat kerana lori treler tidak boleh memuatkan tangki dalam dalam kuantiti yang banyak sekaligus berikutan saiz tangki yang besar,” katanya.

Antara kawasan yang dijadual mengalami gangguan bekalan air ialah kawasan Beserah hingga sempadan Chendor, kawasan Gebeng dan Pelabuhan Kuantan, kawasan Jalan Jabor termasuk kawasan perumahan Semambu, Jalan Teluk Sisek, Alor Akar, Seri Kuantan, Kubang Buaya, Teluk Cempedak dan Tanjung Api.

Turut terlibat ialah Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih, Taman Fairmount, Bukit Beirut, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Gangguan bekalan air juga melibatkan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, kawasan Indera Mahkota 1,2,3,5 dan 6, Kampung Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Terminal Sentral dan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.

Menurut Saiful, selepas kerja penyambungan paip itu, pemulihan bekalan air akan mengambil masa sehingga 48 jam secara berperingkat.

Selain itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air rendah ialah di kawasan Panching Utara, Kampung Razali, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Permatang Badak Maju, Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Inderapura Jaya, Kampung Seri Melati dan Kampung Batu Putih.

Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh, Kampung Hijrah, kawasan Pantai Sepat, Kampung Soi, Taman Soi Jaya, Taman Soi Baru, Kampung Kempadang, Bandar Kuantan Putri, Persis Ujana LKPP, Kampung Pahang, Taman Berjaya Permai dan Kempadang Perdana,

Kempadang Makmur, Kempadang Indah, Kempadang Jaya, Kempadang Baru, Kempadang Aman, Kampung Chempaka, Kampung Anak Air, Kampung Alor Kangkong, Kampung Pak Mahat, Taman Kuantan Jaya, Taman Aman Plus, Taman Derhaka, Bandar Putra, Peramu, Tanjung Lumpur dan Pormenade Villa.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di talian 09-5739999 – MalaysiaGazette