Gambar hiasan

BEIJING – Seramai 27 orang pesakit Covid-19 yang dalam perjalanan ke pusat kuarantin maut selepas bas yang dinaiki terbalik di lebuh raya di wilayah barat daya Guizhou.

Kejadian itu turut menyebabkan 20 orang lagi cedera.

Kemalangan itu mencetuskan kemarahan orang ramai melalui dalam talian, mengkritik dasar “sifar-Covid” Beijing yang boleh mencetuskan penutupan seluruh bandar walaupun wujud segelintir kes positif.

Mereka yang diuji positif perlu mengasingkan diri di rumah atau di kemudahan kuarantin.

Tiada maklumat mengenai punca nahas. yang berlaku awal pagi Ahad.

Walaupun seluruh dunia cuba untuk hidup dengan Covid, China adalah satu-satunya ekonomi utama yang masih mengutamakan usaha memerangi virus itu mengatasi segala-galanya.

Guizhou kini mengalami peningkatan jangkitan dengan merekodkan 712 kes baharu pada hari Sabtu – kira-kira 70% daripada jumlah keseluruhan untuk China.

Insiden itu berlaku menjelang kongres lima tahun Parti Komunis pada bulan Oktober dan dasar Covid-19 dijangka akan dibincangkan.

Lebih 21 juta penduduk Beijing dikehendaki beratur untuk ujian saringan setiap tiga hari untuk mengakses bangunan awam dan juga kedai. – Agensi