File pictutre. Source KKM

BEIJING – Rakyat China dilarang bersentuhan kulit dengan warga asing, selepas negara itu merekodkan kes pertama cacar monyet.

”Untuk mengelakkan kemungkinan jangkitan cacar monyet dan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat, anda dinasihatkan tidak bersentuhan kulit ke kulit secara langsung dengan warga asing,” katanya menerusi laman sosial Weibo.

Amaran itu menimbulkan kontroversi dengan segelintir pihak menyifatkan ia sebagai perkauman.

Wu juga menyeru agar perbuatan itu tidak dilakukan dengan pengembara baru pulang dari luar negara dalam tiga minggu lalu dan dengan individu yang tidak dikenali.

Kes pertama cacar monyet dikesan pada seorang individu yang tiba dari luar negara namun identiti individu itu tidak dimaklumkan.

China telah mengenakan dasar yang ketat bagi menangani penularan Covid-19, termasuk penutupan sempadan, ujian saringan mandatori dan sekatan perjalanan.

Virus cacar monyet disebarkan melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti, haiwan atau bahan tercemar, biasanya menyebabkan gejala seperti demam, sakit kepala dan ruam.

Sekitar 90 negara melaporkan penularan virus ini yangtelah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai kecemasan kesihatan global.

Terdapat lebih 60,000 kes yang disahkan dan beberapa negara bukan endemik telah melaporkan kematian pertama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast