Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Unit Grafik MalaysiaGazette

KUANTAN – Gangguan bekalan air di berapa kawasan di daerah Kuantan  diawalkan lapan jam daripada jadual asal.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, gangguan bekalan itu dijangka bermula pada jam 12.01 tengah malam ini.

“Ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Mahkota Golf & Country Club (MGCC) perlu dibuat lebih awal atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan

“Paip akan memastikan kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan penuh teliti untuk memastikan bekalan air dapat pulih dengan lebih awal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maklumat terkini dari semasa ke semasa boleh didapati dengan melayari saluran Telegram Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang, https://t.me/PAIPBerhad.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di talian 09-573 9999. – MalaysiaGazette