Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Clinic 365, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 1,667 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam.

Sehingga tempoh sama, negara ini merekodkan kes kumulatif Covid-19 sebanyak 4,783,694, menurut data COVIDNOW.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,079 kes dirawat di hospital termasuk 59 di unit rawatan rapi dengan 37 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes yang dikuarantin di rumah sebanyak 23,577 dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid.

Menurut statistik itu, kes aktif pula sebanyak 24,715.

Kes terkumpul kematian pula sebanyak 36,324 dengan tujuh kes semalam. – MalaysiaGazette