Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan 10 menteri yang disifatkannya telah gagal menjalankan tugas.

Bekas Menteri Kewangan ketika pentadbiran Pakatan Harapan itu meletakkan Menteri Kanan Pertanahan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dalam senarai pertama.

Ini kerana Hishammuddin menyelia pembelian kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

“Skandal paling keterlaluan ini melibatkan pembayaran RM6 bilion tanpa satu kapal pun siap. Hishammuddin malah telah melancarkan LCS yang tidak lengkap pada 2017 dengan tiang palsu berharga RM400,000 yang kemudiannya dilupuskan,” kata Guan Eng dalam kenyataan.

Tidak terlepas daripada dilabel sebagai menteri gagal adalah musuh ketat DAP iaitu pemimpin Pas yang diletakkan di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Guan Eng mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan dan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai tidak cekap.

Dalam ketiga-tiga pemimpin itu,  Guan Eng menganggap Idris yang merupakan Naib Presiden Pas sebagai menteri paling teruk.

“Idris adalah pesalah paling teruk yang kerap menggunakan kenyataan perkauman dan ekstremis termasuk memalukan mangsa yang menggangu perpaduan negara dan keharmonian agama.

“Tuan Ibrahim langsung tidak berkesan dalam menangani banjir besar yang melanda negara,” kata Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu juga menyenaraikan Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan di tempat kelima sebagai menteri gagal dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, Timbalan Presiden MIC itu gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan kekurangan buruh asing dengan hanya 47,000 buruh asing dibawa masuk daripada 385,000 kelulusan yang diberikan sejak Januari tahun ini.

Beliau juga meletakkan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang merupakan Menteri Pengangkutan di tempat keenam.

Katanya, Ka Siong berdegil menolak untuk memberikan pengecualian kepada dasar kabotaj membenarkan kapal asing membaiki kabel dasar laut hingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

“Ketujuh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri) Rina Harun kerana gagal mempertahankan maruah wanita dan menutup mata terhadap diskriminasi gender.

“Kelapan, Menteri Komunikasi dan Multimedia (Tan Sri) Annuar Musa kerana kegagalannya yang terus untuk membendung inflasi apabila beliau mengambil alih pasukan petugas khas Kabinet membendung inflasi,” kata Guan Eng.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamad masing-masing diletakkan pada kedudukan kesembilan dan kesepuluh.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Menteri PH pula semua gagal pada era pentadbiran PH termasuk Tun M dan Muhyidin kerana membentuk kabinet fitnah.

  2. suruh dia balik tongsan lah jadi menteri kat sana,ini tanah melayu cina mcm ne layak dipanggil sampah busuk je

Comments are closed.