Lebih 120 usahawan ‘droship’ Sabella yang berjaya membuat jualan RM1 juta setahun diraikan pada majlis makan malam, Inner Circl Meeting Sabella 2022 yang diadakan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok’, Sabella terus mencatat prestasi luar biasa apabila wakil dropship syarikat berjaya membuat jualan sebanyak RM1 juta setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai setiap daripada mereka adalah bukti kerja keras tanpa mengenal erti putus asa biar pun negara baru memasuki endemik.

“Kebanyakan daripada dropship Sabella terdiri daripada suri rumah yang mana memang tidak mempunyai asas dalam perniagaan. Tapi, apabila mereka bersama kita, secara perlahan-lahan mereka dapat belajar seterusnya mampu pergi jauh.

“Mencapai jumlah jualan RM1 juta dalam tempoh setahun dan ke atas itu sesuatu yang cukup membanggakan dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pendorong buat orang lain untuk terus berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sempena majlis menghargai lebih 120 usahawan droship baru-baru ini.

Dropship adalah wakil syarikat yang menjual barang tanpa simpan stok dan tanpa modal.

Sabella juga menyasarkan jualan tahun ini sebanyak RM200 juta selain mengumumkan insentif menarik untuk direbut usahawan ‘dropship’ apabila mencapai sasaran jualan pada 2023.

Ia termasuk pakej percutian ke Ho Chi Minh, Bali dan Turkiye termasuk sebuah kereta mewah Mercedes A200.- MalaysiaGazette