Operasi mengesan mangsa bot karam masih dilakukan. Foto Beirut.com

TRIPOLI – Sebanyak 71 mayat pendatang telah ditemui selepas bot yang mereka naiki karam di luar pantai Syria,

Manakala seramai 20 mangsa yang terselamat sedang dirawat di sebuah hospital di bandar Tartus, Syria.

Mereka dipercayai terdiri daripada warga Lubnan, Syria dan Palestin termasuk kaum wanita dan kanak-kanak

Dianggarkan antara 120 hingga 150 orang berada di atas bot berkenaan ketika ia karam pada hari Khamis.

Seorang pegawai warga Lubnan berkata, bot tersebut berlepas dari Minyeh, sebuah bandar berhampiran bandar pelabuhan Tripoli menuju ke Eropah.

Lubnan menempatkan kira-kira 1.5 juta pelarian Syria,dan hampir 14,000 dari negara lain, menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), sekali gus menjadi lokasi pelarian per kapita terbesar di dunia. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here