Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bergambar bersama peserta selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Bola Sepak Masjid dan Surau Putrajaya 2022 di Padang Bola Sepek Presint 14, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 24 SEPTEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM), persatuan sukan dan sektor korporat berganding bahu mencari dan melahirkan bakat baharu dalam bidang sukan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, usaha yang dilakukan secara holistik itu dilakukan dalam usaha melahirkan atlet pelbagai bakat yang cemerlang dalam akademik.

Kata beliau, pihaknya mahu pelajar disediakan platform dan ruang untuk mempamerkan bakat terpendam mereka.

“Kita bekerjasama dengan semua badan-badan korporat dan persatuan sukan khususnya bagi memastikan penglibatan anak muda dalam apa jua sukan termasuk bola sepak terus dikembangkan dan diberikan ruang seluas dari bangku sekolah lagi.

“Persatuan sukan juga memainkan peranan menyumbang kepada pembangunan sukan dalam kalangan anak muda di sekolah,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Surau dan Masjid, di sini,hari ini.

Antara peserta yang terlibat pada Kejohanan Liga Bola Sepak Masjid dan Surau Putrajaya 2022 di Padang Bola Sepek Presint 14, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 24 SEPTEMBER 2022.Sementara itu, Radzi berkata, banyak program sukan telah dilaksanakan KPM  dalam mengenalpasti dan mengasah bakat muda dalam kalangan pelajar.

“Anak muda ini merasakan masing-masing memiliki kekuatan dalam diri mereka dan contoh terbaik saya boleh kongsikan adalah pada minggu lepas kita telah melancarkan satu usaha cari bakat takraw di sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

“Fasa pertama membabitkan 150 sekoleh yang mana 10 orang mentor akan melawat sekolah-sekolah dan melihat bakat-bakat takraw ini melalui sains sukan iaitu dari segi saiz badan dan lompatan secara fizikal satu persatu sebelum memilih,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast