Mohd Khalid Harun

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) akan memperhebatkan pasaran pakej pelancongan kesihatan dalam perubatan dermatologi dan estetika untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dengan syarat negara sudah bersedia menawarkan rawatan itu tanpa berkompromi dengan kualiti dan keberkesannya.

Presiden MATA, Datuk Dr. Mohd Khalid Harun berkata, pasaran pelancongan perubatan sangat unik dan mempunyai potensi yang amat besar.

Menurutnya, sasaran MATA itu juga seiring dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui MHTC Blue Print 2021-2025 yang menyasarkan RM1.7 billion hasil pendapatan daripada rawatan perubatan pelancongan.

Rawatan perubatan dermatologi dan estetika ini adalah satu perubatan kecantikan yang diurus oleh pakar-pakar doktor yang berkelayakan yang diperakui oleh KKM kebanyakanya terdiri dari kalangan hospital dan klinik swasta yang bertauliah yang
menawarkan rawatan seperti penjagaan utama dermatologi, pengurusan jerawat & parut jerawat, pengurusan pigmentasi kulit, laser dalam Amalan Estetik Perubatan, Kualiti Kulit, Toksin Botulinum, Pengisi Dermal dan Sains Kosmeseutikal.

Malah, Pakej Pelancongan Kesihatan Dematologi dan Estetika merupakan produk pelancongan yang terbaru dan perlu diberi sokongan dan promosikan secara meluas pasaran dunia untuk menarik lebih ramai pelancong yang memerlukan rawatan
perubatan ini.

”Ini secara langsung akan memberi lonjakan penjanaan ekonomi negara disamping membantu industri perhotelan, penerbangan, pemakanan, peruncitan serta pengangkutan dan lain lain yang ada kaitan dengan pelancongan.

Oleh itu, pemain industri pelancongan terutamanya agensi pelancongan dan pengembaraan perlu mengambil peluang keemasan ini bagi mengadakan pakej-pakej pelancongan kesihatan dalam Kesihatan Dermatolojo dan Estetika,” katanya ketika berucap sebagao panel di Persidangan Dermatologi dan Perubatan Estetika Asia 2022 (ADAMS).

Mohd Khalid menambah, Malaysia perlu besaing dengan negara lain seperti Korea, Indonesia dan Thailand yang sudah lama memperkenalkan pakej pelancongan kesihatan yang begitu terserlah dipasaran dunia.

Jelas beliau, harga pakej yang kompetitif boleh membantu industri ini dengan cepat kerana Malaysia sudah mempunyai banyak kelebihan dari segi kepakaran professional tempat tempat rawatan yang di lengkapi dengan alat yang canggih dan termoden di
samping itu kesedian tempat penginapan yang baik di samping fasiliti kemudahan sampaian yang teramat baik.

”MATA ingin melihat Malaysia menjadi destinasi pelancongan perubatan dermatologi dan estetika yang terbaik di rantau ini,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast