Seramai 37 pekerja kilang nyaris maut selepas bas dinaiki terjunam ke dalam tebing sebelum tersangkut pada pokok pada ketinggian 50 meter dari jalan Jalan Simpang Gading/Kesang Pajak, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Abu Bakar Katain berkata, dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, 14 mangsa termasuk pemandu bas berusia 40-an parah dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.