Pelatih, Azroy bukan nama sebenar dimandikan dengan mandian Syifak menggunakan air perigi yang didoakan para ulamak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022

Baru-baru ini, Madrasah Darussolihin Al Qadiri hangat dan kecoh di media sosial selepas didakwa melatih salah seorang pelatih secara militan dan dikatakan beroperasi secara haram. Namun madrasah berkenaan mendakwa keseluruhan laporan mengenai kejadian tersebut tidak tepat.

Madrasah Darussolihin yang terletak di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam merupakan sebuah madrasah melaksana dan menjalankan modul 5B iaitu Berubat, Bertaubat, Beribadah, Bermujahadah dan Berhijrah berkonsepkan pusat pemulihan akhlak yang memberi manfaat kepada ratusan pelatih yang rata-ratanya pernah terjebak dengan masalah keruntuhan akhlak.

Mula ditubuhkan sejak tahun 2007, madrasah berkenaan kini mempunyai hampir 120 pelatih daripada pelbagai latar belakang antaranya berdepan dengan masalah ketagihan dadah, jenayah berat, pesakit mental, sosial serta pengamal ilmu hitam.

Menurut pengasasnya, Ustaz Khairul Umam Muhit, madrasah berkenaan mengambil pendekatan dengan menerapkan pelbagai kaedah dalam memulihkan akhlak pelatih dari segi ilmu kerohanian, pengisian ilmu agama yang mendalam serta kasih sayang sebagai satu usaha untuk mengembalikan semula akidah yang telah terpesong jauh dari ajaran Islam.

Jelas Khairul, madrasah ini tidak mempunyai dinding yang tebal atau tinggi, ia hanya lah meliputi sebuah kawasan bebas dan terbuka namun mampu mengawal pelatih yang berada di situ.

Kata beliau lagi, madrasah tersebut tidak menggunakan sebarang ubat-ubatan moden atau tradisional seperti tempat pemulihan lain kerana mereka percaya terhadap cara perubatan Islam mampu membantu mengembalikan semangat para pelatih dalam tempoh dua tahun.

“Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar. Kita juga percaya setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan dan kita sebagai hamba perlu percaya bahawa masih ada jalan untuk memulihkan mereka ini dengan izinNya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Suasana kawasan Madrasah Darussolihin Al Qadiri yang luas dan terbuka serta tidak mempunyai dinding tebal atau tinggi namun mampu mengawal hampir 120 pelatih daripada pelbagai latar belakang. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.
Pelatih menyiapkan diri bagi menunaikan solat maghrib dan tarawih pada bulan Ramadan. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Atan bukan nama sebenar pernah dipenjarakan selama 12 tahun dalam kes samun bersenjata. Beliau mula melakukan aktiviti jenayah seawal umur 14 tahun dan pernah dimasukkan ke sekolah Henry Gurney pada tahun 1995. Setelah bapanya meninggal dunia dan ditinggalkan ibunya, Atan mula hilang arah. Merasa dirinya telah hanyut jauh, Atan nekad untuk mencari jalan untuk berubah. Berbekalkan hanya duit lima ringgit, Atan mencari Madrasah Darul Solihin Al Qadiri dengan menaiki motosikalnya hanya untuk mencari jalan untuk berubah. Kini Atan telah hampir setahun lebih di Madrasah ini, beliau telah mula berubah ke arah kebaikan dengan mempelajari ilmu kerohanian dengan pengisian ilmu agama. 29 APRIL 2022.
Pelatih menyiapkan diri bagi menunaikan solat maghrib dan tarawih pada bulan Ramadan. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Wajah pelatih dari Madrasah Darussolihin yang latar belakang dengan masalah ketagihan dadah, jenayah berat, pesakit mental, sosial serta pengamal ilmu hitam tetapi masih berusaha untuk memperbaiki akhlak mereka untuk menjadi manusia yang berguna dan mencari keredhaan Allah. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Wajah pelatih dari Madrasah Darussolihin yang latar belakang dengan masalah ketagihan dadah, jenayah berat, pesakit mental, sosial serta pengamal ilmu hitam tetapi masih berusaha untuk memperbaiki akhlak mereka untuk menjadi manusia yang berguna dan mencari keredhaan Allah. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Seorang pelatih baru hanya berdiri di luar ketika dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana aktiviti di madrasah manakala pelatih lain menunaikan ibadah solat Tarawih pada bulan Ramadan bagi mempertingkatkan lagi amalan mereka. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pelatih bersiap sebelum melakukan proses mandian Syifak menggunakan air perigi yang didoakan para ulamak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan penyakit ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pelatih ketika sesi muhasabah diri bersama Ustaz Khairul Umam Muhit. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Isham bukan nama sebenar menunjukkan bekas lima kali bedahan di perutnya yang pecah dan membuatkan usus di dalam badannya tidak berfungsi serta dipotong bagi menyelamatkan nyawanya akibat dadah jenis syabu yang ditelan untuk diseludup ke dalam penjara. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pelatih, Azroy (kiri) bukan nama sebenar tidak jemu membantu rakan pelatihnya untuk mahir dalam bacaan ayat Alquran. Azroy yang ditempatkan di pusat pemulihan ini oleh keluarganya pada tahun 2020 selepas dipenjara dan dikenakan sebatan akibat masalah dadah. Beliau yang kini telah pulih sepenuhnya dipilih untuk menjadi warden bagi memantau pelatih yang baru masuk. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pelatih di madrasah membaca ayat suci Al-Quran pada setiap malam bagi mempertingkatkan lagi kemahiran bacaan dan merupakan proses memulihkan kembali minda mereka supaya jiwa lebih tenang. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pada setiap malam, pelatih membaca Al-quran dan Surah Yasin beramai-ramai. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Setiap hari pelatih diajar dengan amalan zikir Manaqib beramai-ramai dipercayai menjadi salah satu ubat untuk memulihkan kembali kerohanian pelatih dan menyuntik sifat taubat terhadap masa silam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Setiap hari pelatih diajar dengan amalan zikir Manaqib beramai-ramai dipercayai menjadi salah satu ubat untuk memulihkan kembali kerohanian pelatih dan menyuntik sifat taubat terhadap masa silam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Setiap hari pelatih diajar dengan amalan zikir Manaqib beramai-ramai dipercayai menjadi salah satu ubat untuk memulihkan kembali kerohanian pelatih dan menyuntik sifat taubat terhadap masa silam. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Salah seorang pelatih menunjukkan gambar keluarganya yang dirindui di kampung ketika berada di Maradrasah Darussolihin. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Pengasas Madrasah, Ustaz Khairul Umam Muhit menyediakan air perigi yang didoakan para ulama kepada pelatihnya dalam satu upacara mandian Syifak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022
Pengasas Madrasah, Ustaz Khairul Umam Muhit menjirus air perigi yang didoakan para ulama kepada pelatihnya dalam satu upacara mandian Syifak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022
Pengasas Madrasah, Ustaz Khairul Umam Muhit membacakan doa kepada pelatihnya dalam satu upacara mandian Syifak pada setiap malam jumaat dalam usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022
Isham bukan nama sebenar selepas selesai dimandikan dengan mandian Syifak menggunakan air perigi di madrasah. Hampir setahun dengan pengawasan kesihatan dari tenaga pengajar, Isham bersyukur kerana ditempatkan di pusat pemulihan ini berikutan ramai yang membantu beliau untuk pulih dari segi akhlak dan juga kerohanian. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.
Tenaga pengajar, Ustaz Mohd Sharifuddin Qomaruddin membuka pintu sel penjara bagi pelatih baru yang agresif dan ditempatkan selama 40 hari sebelum dikeluarkan bersama pelatih yang lain. Di dalam sel tersebut, pelatih akan diajar cara mengawal nafsu amarah dengan alunan zikir, bacaan ayat suci Al-Quran serta suntikan kerohanian dengan muhasabah diri. Foto MOHD ADZLAN, 29 APRIL 2022.